Sunday, October 28, 2012

Torn

Posted by ai at 10:46 PM 0 comments

Bagai di penghujung jalan. 
Jalan yang bukan jalan. 
Gelap dan tidak tahu. 
Harus dipilih antara dua. 
Satu, berpatah balik dan bermula semula dari titik mula.
Dua, redah sahaja kegelapan di hadapan. 
Dengan harapan ada titik cahaya di sana.
Jadi harus bagaimana? 
Ke hadapan yang tidak seperti hadapan? 
Atau ke belakang yang mungkin punya kisah yang berbeza.
Berbeza daripada permulaan yang asal jika diredah kembali.
Jika ke hadapan yang dipilih, kisah yang sama mungkin berulang.
Mungkin.. 
Tapi bukankah jika aku ke belakang, kisah yang sama juga bakal berulang? 
Berulang.. lagi dan lagi. 
Buntu. 
Aku buntu. 
Haruskah aku memilih? 
Memilih kala aku sendiri tidak pasti. 
Pilihan satu atau pilihan dua?
Dan aku pun terus berdiri di situ. 
Kaku dengan pilihan yang mungkin juga bukan pilihan.

 

Penakut. Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos